Proses jual rumah adalah proses yang sangat penting yang
perlu difahami oleh owner hartanah dan juga pembeli. Sekiranya tersilap atau
cuai, akan bagi kesan besar kepada pemilik mahupun pembeli.
Jika rumah dijual atau dibeli tanpa guna ejen, owner dan pembeli
mesti memahami sendiri prosedur jual beli rumah. Di samping nasihat pihak
peguam.
Namun, sekiranya menggunakan khidmat ejen hartanah, ejen
akan jelaskan dan bimbing serta menjaga kepentingan (hak) pemilik dan pembeli
sepanjang proses jual beli rumah.
Ini bermaksud. Hendaklah pilih ejen hartanah yang
dipercayai. Wajib yang berdaftar.
1 – Cari Ejen Hartanah yang Berdaftar
2 – Membuat Lantikan Rasmi bagi Penjualan Rumah
3 – Berikan Maklumat dan Dokumen yang Diperlukan oleh Ejen
4 – Cara Jual Rumah yang Sedang Disewakan. Bagaimana Ejen
Membantu
5 – Boleh ke Pemilik Pegang Duit Booking Rumah?
6 – Bilakah Had Tugasan Ejen Hartanah?
Panduan Jual Rumah Dengan Khidmat Ejen Hartanah
Proses jual beli rumah adakalanya senang untuk diuruskan dan
ada ketika sangat sukar.
Berdasarkan pengalaman saya, kelancaran sesuatu penjualan
rumah bergantung kepada faktor. Antaranya;
*Status rumah (freehold, leasehold, low cost, malay reserved,
kaveat etc)
*Keadaan rumah (struktur binaan, lokasi etc)
*Harga jualan (below atau over market)
*Peranan semua pihak (ejen hartanah, pemilik, pembeli,
peguam, bank etc)
*Servis dan khidmat ejen hartanah sangat penting. Bermula
lantikan sebagai ejen sehingga pertukaran hak milik. Ejen hartanah akan
membantu setiap pihak. Bertindak sebagai pemudahcara.
Artikel Panduan Jual Rumah Dengan Khidmat Ejen Hartanah
adalah dikhaskan untuk panduan pemilik hartanah. yang nak jual rumah dengan
guna servis ejen hartanah.
Panduan Jual Rumah Guna Khidmat Ejen Hartanah – Pemilik
Hartanah
Untuk memudahkan kefahaman orang awam, Ejen Hartanah yang
dimaksudkan di sini ialah termasuk Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator –
REN).
Diikutkan hierarki, Perunding Hartanah adalah individu yang
dilantik dan berada di bawah Agensi Hartanah.
#1 Cari Ejen Hartanah yang Berdaftar
Jangan sesekali guna khidmat broker haram. Cara untuk kenal
Ejen Hartanah berdaftar ialah mempunyai REN Tag dan REN Number contohnya
seperti GAMAR BI BAWAH.Ejen yangberdaftar dengan agensi. Antara kelebihan
menggunakan khidmat ejen hartanah ialah, dari sudut keselamatan.
Segala urusan ejen hartanah adalah melalui proses yang sah
dan selamat. Contohnya jika pembeli ingin membayar duit booking, duit tersebut
perlu dimasukkan ke dalam client account yang 100% di bawah seliaan agensi
hartanah yang berdaftar. Bukan akaun peribadi ejen hartanah.
#2 Membuat Lantikan Rasmi bagi Penjualan Rumah
Ejen akan sediakan surat lantikan dan ditandatangani oleh
pemilik. Surat itu sebagai lantikan sah ejen untuk penjualan rumah.
Nota Tambahan: Perkara yang perlu diambil perhatian semasa
menandatangani surat lantikan ialah;
jenis lantikan. Ada 2 jenis lantikan iaitu Exclusive dan
Non-Exclusive
tempoh lantikan (bagi exclusive).
harga jualan dan bayaran khidmat ejen
GST 6%. GST dikenakan berdasarkan pada bayaran khidmat ejen.
Contohnya agent fee 3%, maka GST 0.18%. Jumlah semua adalah 3.18%
#3 Berikan Maklumat dan Dokumen yang Diperlukan oleh Ejen
Maklumat yang diperlukan ialah
Spesifikasi rumah (luas, jenis, renovasi dll)
Pemilikan rumah (pemilik – nama yang tertera dalam geran
atau perjanjian jual beli SPA)
Pinjaman bank (baki pinjaman, jenis pinjaman – bank atau
kerajaan atau syarikat)
Satus pemilik Nyatakan secara jujur sekiranya pemilik
mempunyai masalah contohnya seperti diisytihar bankrap dan sebagainya.
Dokumen yang diperlukan ialah
- Salinan Geran Rumah
- Salinan perjanjian jual beli rumah (full pages atau relevant
pages)
- Salinan IC pemilik (jika ada 2 penama, 2 salinan IC
diperlukan)
- Salinan Perjanjian Pinjaman Rumah yang hendak dijual
- Resit bayaran Cukai Tanah dan Cukai Taksiran terkini
#4 Boleh ke Pemilik Pegang Duit Booking Rumah?
Dalam etika dan cara kerja ejen hartanah. Duit booking atau
earnest deposit akan dimasukkan ke dalam client account agensi hartanah. Akaun
tersebut bukan akaun keuntungan.
Malah, diHARAMkan bagi ejen hartanah berdaftar untuk
masukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi atau syarikat lain. Berlainan
dengan broker haram yang akan pegang duit tersebut.
Malah pembeli juga selesa dan yakin apabila berurusan dan
membayar booking melalui ejen hartanah kerana duit itu akan selamat. Baca
Adakah booking rumah dipulangkan sekiranya loan tak lepas
#5 Bilakah Had Tugasan Ejen Hartanah?
Sebenarnya tugasan ejen hartanah akan terhenti selepas sign
SPA. Selepas itu akan diambil alih oleh peguam SPA.
Tapi bagi kes pembelian melalui pinjaman kerajaan / syarikat
atau rumah berstatus leasehold dan seumpamanya. Ejen akan berperanan sehingga
loan diluluskan.
“Kalau macam tu senang je lah kerja ejen!”
Jangan salah faham, maksud saya kerja rasmi sahaja. Selepas
SPA, peguam akan urus semua. Ejen tak boleh ambil alih kerja peguam.
Ejen akan berperanan sebagai pemudahcara dan wakil dari
pihak pemilik dan pembeli sehingga semua urusan selesai
Kesimpulan
Jika anda nak dapatkan khidmat ejen, pilih ejan yang
dipercayai dan komited. Jangan sesekali berurusan dengan broker.
ConversionConversion EmoticonEmoticon