9 Langkah asas dalam proses penjualan rumah


1) Owner melantik ejen hartanah yang berdaftar (Kenapa amat digalakkan-Sila baca next page).

2) Ejen Haratanh akan uruskan temujanji dengan pembeli untuk viewing rumah.
Pembeli yang berminat dan akan bayar booking fees pada Agensi Hartanah (biasanya dalam 3% dari harga hartanah anda).
Booking fees akan dianggap sebahagian dari duit muka (downpayment) pembelian hartanah tersebut.

3) Tandatangan Sale & Purchase Agreement. Pihak pembeli perlu membayar segera baki 7% dari harga jualan hartanah sebagai downpayment kepada pihak penjual.

4) Selepas selesai menandatangani SPA, penjual akan membayar komisen pada Agensi Hartanah (biasanya 3%). Tugas Ejen Hartanah selesai disini.
5) Tempoh 3 bulan diberikan kepada pihak pembeli untuk membayar full amount baki pinjaman bank pihak penjual (seandainya hartanah penjual masih mempunyai baki hutang dengan pihak bank).

Seandainya tempoh 3 bulan dilampaui, maka tempoh tambahan sebanyak 1 bulan akan diberikan namun penalti akan dikira secara harian dalam tempoh ini.
6) Selepas pihak bank penjual menerima bayaran dari pihak pembeli, peguam akan menguruskan pertukaran nama geran.
7) Selepas pihak peguam menyelesaikan / mendaftar pemindahan nama geran di pejabat tanah, maka pihak pembeli perlu menjelaskan baki bayaran hartanah tersebut kepada pihak penjual.
8) Pihak penjual perlu menyerahkan kunci (status vacant possession) setelah menerima wang baki penjualan rumah dari pihak pembeli.

9) Pembeli akan menerima kunci rumah. Urusan selesai.
Nota: Sila maklum bahawa penjualan hartanah dibawah tempoh 5 tahun dari tarikh pembelian, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dikenali sebagai Real Property Gain Tax (RPGT) akan dikenakan kepada penjual.
Proses penjualan hartanah di atas biasanya memakan masa lebih dari 4-6 bulan. Ada kes dimana kes penjualan masih tidak selesai walaupun sudah mencecah 1 tahun.
Ini mungkin berlaku kerana factor masalah bank loan, kes kaveat hartanah, dan macam-macam lagi.
Dengan ilmu hartanah yang betul, anda akan dapat mengurangkan banyak masa dan kos-kos yang terlibat semasa penjualan hartanah anda.
Maka jadilah pelabur hartanah yang berilmu dan bijak.